Bersamamu TV3
sumbangan anda,
           mengubah nasib mereka
Kami ingin mengucapkan jutaan penghargaan di atas sokongan berterusan anda.

Nama Penerima : KAMARIAH AMBIA

No. Akaun : 1

Bank Penerima : maybank

Pembuka tirai tahun 2014 – krew Bersamamu ke daerah Kluang, Johor untuk mendekati sebuah keluarga yang nasibnya berubah setelah insan bergelar ibu ditimpa masalah kesihatan yang serius.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : NURHIDAYAH KAMARUDIN

No. Akaun : 154026353768

Bank Penerima : MAYBANK

Minggu ini krew Bersamamu mendekati sepasang suami isteri di Merlimau, Melaka yang episod kehidupan mereka berubah dalam sekelip mata. Nurhidayah Kamarudin, 31 tahun, ibu kepada sepasang cahayamata. Sejak ditimpa kemalangan pada tahun 2007, anak-anaknya Muhammad Nor Syahadat, 8 tahun dan Nur Elis Syuhadah, 4 tahun menjadi pembakar semangat untuk terus tabah mengharungi liku-liku kehidupan. Kemalangan pertama berlaku ketika dia sedang mengangkat penutup besi tangki minyak di tempat kerjanya. Beban melebihi 20 kilogram yang terlepas dari tangannya, menyebabkan dia mengalami kecederaan serius.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : MOHD SOFIAN ARSHAD

No. Akaun : 162013030386

Bank Penerima : MAYBANK

Episod minggu ini, krew Bersamamu ke daerah Hulu Selangor untuk berkongsi kecekalan pasangan Ahmad Sofian Arshad dan Indrawati Umar yang menghadapi masalah kesihatan. Ahmad Sofian, mesra dengan panggilan Sofian, disahkan sebagai pembawa ‘HB constant spring’, sejenis penyakit pembentukan sel darah merah yang menyebabkan kekurangan sel darah merah. Anak sulungnya, Nurul Aqilah, 8 tahun, juga disahkan menghidap penyakit yang sama.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : HAFIZA SALLEH

No. Akaun : 106026097622

Bank Penerima : MAYBANK

Minggu ini krew Bersamamu mendekati sebuah keluarga dari Mentakab, Pahang yang menghadapi kesulitan membesarkan dua anak mereka yang disahkan pesakit ‘osteogenesis imperfecta’ atau penyakit tulang rapuh.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : MOHD FADIL MAT RAZALROL

No. Akaun : 1550-2335-8880

Bank Penerima : MAYBANK

Minggu ini krew Bersamamu menjelajah ke Seri Menanti, Negeri Sembilan untuk mendekati sebuah keluarga yang perlu diberi sokongan kewangan, semangat mahupun doa yang berterusan.

Tanggal 28 March 2012, menjadi saksi perubahan titik kehidupan Mohd Fadil Mat Razarol, 19 tahun. Anak kelima daripada enam adik-beradik, terlantar hampir dua tahun kerana disahkan menghidap virus ‘Japanese Encephalitis’ atau ringkasnya, JE. Virus yang dibawa nyamuk Culex menyerang system saraf dan mengakibatkan gangguan saraf kepada mangsa.

Fatimah Sidek, ibu dan juga ketua keluarga, terpaksa mencari rezeki untuk menyara keluarganya. Tambahan pula, dua orang anaknya masih lagi menuntut. Lebih memeritkan, kos keperluan harian Fadil dan juga rawatan melebihi seribu ringgit sebulan.

Sejak Fadil terlantar, kakak keduanya, Mastura, 25 tahun, berkorban kerjayanya demi menjaga adiknya sepenuh masa. Sebagai anak sulung, Emy Fara Amira, 26 tahun, juga berkorban demi keluarga. Bekerja di Sepang, saban minggu Emy pulang ke kampong untuk meringankan bebanan Mas menguruskan Fadil.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : NORTIAH ZULKARNAIN

No. Akaun : 020-50-37368-2

Bank Penerima : HONG LEONG

SULAH ANAK JULIN ATAU NAMA ISLAMNYA, NORTIAH ZAKARIA 28 TAHUN IBU KEPADA TIGA CAHAYAMATA, IAITU PUTERI SOLIDIA ABDULLAH 11 TAHUN, MOHD ISWANDI 8 TAHUN DAN PUTERI AISHAH 2 TAHUN.

NORTIAH HILANG KEDUA-DUA DERIA PENGLIHATANNYA DISEBABKAN SALAH FAHAM YANG BERLAKU DI ANTARA DIA DAN BEKAS SUAMI 6 TAHUN LALU. PELBAGAI USAHA DILAKUKAN BAGI MEMULIHKAN KEMBALI PENGLIHATANNYA.

KOS YANG TINGGI TERPAKSA DITANGGUNG, NAMUN MASIH TIDAK MEMBUAHKAN HASIL.
NORTIAR TIDAK PUTUS ASA DAN TERUS BERHARAP DAPAT MELIHAT SEPERTI SEDIAKALA.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : SARIH YAHAYA

No. Akaun : 0823-5410-0002-5179

Bank Penerima : BANK SIMPANAN NASIONAL

Nur Fazlieyana, Nurul Fatihah dan Muhammad Husaini Mohd Fadly, tiga beradik yang dahagakan kasih sayang daripada kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia. Sejak kehilangan insan yang disayangi, ketiga-tiganya tinggal bersama nenek mereka, Sarih Yahaya, 59 tahun yang mesra disapa mak oleh mereka bertiga.

Biarpun dimamah usia, Sarih menatang cucu-cucunya bagaikan minyak yang penuh. Bagaimanapun, empat tahun lalu, dia disahkan menghidap penyakit jantung dan pernah mendapatkan rawatan di Hospital Taiping. Namun, dia terpaksa beralih mendapatkan bekalan perubatan dan pemeriksaan di Hospital Bagan Serai kerana masalah pengangkutan.

Demi mencari rezeki untuk menyara cucu-cucu kesayangan, Sarih berniaga secara kecil-kecilan di hadapan sebuah kedai sejak dua tahun lalu. Kini, dia boleh menarik nafas lega kerana anak angkatnya Muhammad Azrul Abdullah, yang berkorban kerjaya di ibu kota, turut membantu Sarih di gerai. Malah, cucu-cucunya turut menghulurkan bantuan.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : LILY SYUHADA MAZLAN

No. Akaun : 02190-41-00015467-2

Bank Penerima : BANK SIMPANAN NASIONAL

Minggu ini krew Bersamamu ke utara tanah air untuk mendekati Lily Syuhada Mazlan 12 tahun yang suatu ketika dahulu seorang yang periang, tetapi kini menjadi muram dan pendiam. Lily Syuhada yang lebih mesra dipanggil Syuhada pernah menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan di kepala kira-kira lima bulan lalu.  Bagaimanapun selepas pembedahan, pandangannya menjadi kelam dan kini dia kehilangan deria paling berharga.  Syuhada satu-satunya puteri pasangan Mazlan Ismail dan Rosasmawati Wahab.  Pandangan yang gelap membataskan pergerakan dan ini memberi sedikit tekanan kepada Syuhada.  Namun, berbekalkan semangat yang tinggi, dia tidak mahu mengalah dan segalanya digagahi demi mendepani hari-hari mendatang.

Bapa Syuhada, Mazlan Ismail bekerja sebagai pekerja am di sebuah hotel dengan pendapatan seribu ringgit sebulan, Mazlan hanya pulang ke rumah apabila dia bercuti seminggu sekali.  Dia terpaksa menahan rindu terhadap isteri dan anak-anak demi mencari nafkah.  Walaupun sedih dengan dugaan yang menimpa keluarganya, Mazlan dan isteri Rosasmawati tabah menghadapi ujian Yang Maha Esa.  Demi kelangsungan hidup, Rosasmawati mengambil upah membuat kuih dan menjualnya di warung milik jiran untuk menambah pendapatan demi rawatan dan ubat-ubatan untuk peturi tunggal mereka.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : NORSYAZANA ZAHARI

No. Akaun : 03114-29-00019908-5

Bank Penerima : BANK SIMPANAN NASIONAL

Kota Bharu, Kelantan Darul Naim – destinasi krew Bersamamu pada minggu ini. Kali ini Bersamamu berkongsi kisah hidup Norsyazana Zahari, 7 tahun. Anak bongsu dan juga puteri tunggal pasangan Zahari Mat Salleh dan Habisah Ismail ini, disahkan menghidap ‘caudal regression syndrome’. Ia sejenis penyakit yang menyebabkan kecacatan pada tulang belakang. Norsyazana Lebih mesra dengan panggilan Ana, seorang kanak-kanak yang ceria. Dia berubah menjadi pendiam dan pemalu dalam sekelip mata tatkala bersua dengan orang yang tidak dikenali.

Ana bertuah kerana ibu saudaranya, Nik Besah Zainal, bertindak sebagai penjaganya pada siang hari. Ini kerana ibunya, Habisah Ismail, 43 tahun, sedang menderita penyakit kencing manis, lelah dan jangkitan telinga yang kronik sehingga menyukarkannya melakukan tugasan harian. Segala tanggungjawab digalas suami, Zahari, yang berusia 56 tahun. Walaupun kesihatan sering terganggu, Zahari ikhlas melaksanakan tugas demi keluarga tersayang. Bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan RM50 sehari, ketua keluarga ini juga menghidap lelah.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : NORDIN NARIT

No. Akaun : 14-014-02-088319-8

Bank Penerima : BANK ISLAM

NORDIN NARIT, AYAH KEPADA 3 CAHAYAMATA, BAPA YANG CEKAL DAN TABAH. ANAK SULONG, HAMDAN NORDIN 11 TAHUN, KEDUA SYAWAL NORDIN 8 TAHUN DAN ZULKIFLI NORDIN 6 TAHUN PENGIKAT KASIH NORDIN DAN ARWAH ISTERINYA DISEBABKAN MASALAH KESIHATAN, NORDIN TIDAK MAMPU UNTUK BEKERJA BERAT.

DIA MENGIDAP PENYAKIT TIBI TULANG SEJAK TAHUN 2001 DAN TELAH BERANSUR PULIH. NAMUN KESIHATANNYA TIDAKLAH 100 PERATUS PULIH SEPERTI SEDIA KALA.

DISAMPING ITU, DIA JUGA TERPAKSA MENJAGA TIGA ANAKNYA YANG MASIH KECIL SETELAH KEMATIAN ISTERINYA KIRA KIRA 7 BULAN LALU.'

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : TALIB ADUM

No. Akaun : 05109-41-00003582-9

Bank Penerima : BSN GIRO-I

Episod minggu ini, Bersamamu berkongsi kisah kehidupan pasangan suami isteri, Talib Adum dan Zaiton Ahmad, yang menetap di Kampung Tanjung Cha Char, Jelebu, Negeri Sembilan. Mendirikan 21 tahun lalu, mereka dikurniakan lima cahayamata yang berusia antara 11 bulan hingga 20 tahun. Berusia 51 tahun, Talib disahkan menghidap penyakit Parkinson sejak 3 tahun lalu. Sejak itu, dia hilang punca pendapatan.

Anak kedua Talib, Muhammad Izzat Talib yang mesra dipanggil Angah, bekerja sambilan di sebuah stesyen minyak berhampiran rumah untuk menambah pendapatan keluarga. Demi keluarga tersayang, Talib dan isteri mencari alternatif sebagai sumber pendapatan utama untuk menyara persekolahan anak-anak.

Keduanya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual ikan salai sejak 3 bulan lalu. Walaupun pendapatan lebih kurang RM50 sehari, ini tidak mematahkan semangat Talib untuk terus berusaha dan menaruh harapan agar perniagaannya berkembang suatu hari nanti. 

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : SITI NUR SYAFIRA RUSLAN

No. Akaun : 06004-41-00005748-6

Bank Penerima : BSN GIRO-I

Minggu ini, Bersamamu berkongsi kisah kehidupan sebuah keluarga yang berubah tatkala ayahnya, Ruslan Ab Talib jatuh sakit setahun yang lalu. Menetap di Jengka 8, Pahang lebih dari 20 tahun yang lalu, Ruslan dan Ruhana dianugerahkan 6 orang cahaya mata yang rajin dan gigih menghadapi liku-liku kehidupan.

Anak sulungnya, Mohd Syafie, 22 tahun melakukan pelbagai pekerjaan bagi menjana kehidupan keluarga. Puteri sulung, Siti Nur Syafira, 20 tahun pula sanggup berkorban masa dan pelajaran demi menjaga keluarga tersayang. Malah dia turut membuka gerai untuk mencari rezeki membiayai perubatan ayahnya serta wang belanja adik-adik yang masih bersekolah. Walaupun hasil pendapatan yang diterima tidak mencukupi, namun dua beradik ini terus berusaha dengan gigih demi ayah dan ibu tercinta.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : JOHARI MD SALLEH

No. Akaun : 14004-41-00001652-2

Bank Penerima : BANK SIMPANAN NASIONAL

JOHARI MD SALLEH, 41 TAHUN DAN ISTERINYA SANIAH TAIB 43 TAHUN DIKURNIAKAN TIGA CAHAYAMATA IATU SITI NOR HASYIKIN 14 TAHUN, MOHD SALMAN 13 TAHUN DAN MOHD SYAFIQ 8 TAHUN. JOHARI BEKERJA SEBAGAI KELINDAN LORI DENGAN PENDAPATAN KIRA KIRA RM900 SEBULAN, MANAKALA SANIAH, SURI RUMAHTANGGA SEPENUH MASA.

MEREKA SEKELUARGA MENDIAMI SEBUAH BILIK KECIL, YANG DISEWA PADA KADAR RM300 SEBULAN ANAK SULONG SANIAH, SYIKIN, TERGOLONG SEBAGAI ANAK KURANG UPAYA. SYIKIN DIDIAGNOSIS MENGHIDAP PENYAKIT SARAF, SAKIT JANTUNG BERLUBANG, KATARAK DI MATA SERTA PEKAK SEJAK KECIL LAGI.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : KEM REMAJA BSM BHG 1

No. Akaun : -

Bank Penerima : -

Minggu ini, Bersamamamu memaparkan Kem Bersamamu 2014 yang ke-5 dianjurkan sejak kali pertama pada tahun 2007.Pelbagai aktiviti diaturkan pihak produksi untuk anak-anak Bersamamu ini agar mereka dapat menikmati pengalaman yang baru dan menyeronokkan.Peserta Bersamamu 2014 amat bertuah. Mereka dapat meluncur ais di Royale Chulan dan bermain pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : KEM REMAJA BSM BHG 2

No. Akaun : -

Bank Penerima : -

Minggu ini, Bersamamamu teruskan paparan Kem Remaja Bersamamu 2014 bahagian kedua untuk tahun ini. Peserta dapat mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan oleh Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Minggu ini cabaran peserta bukan sahaja dinilai dari segi mental dan fizikal tetapi juga kekuatan rohaniah setiap individu. Peserta Bersamamu 2014 turut dapat melawat ke bandar Putrajaya.  Semoga kem remaja kali ini mampu mendidik setiap peserta menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : NAZILA KAMARUDDIN

No. Akaun : 14145-41-00004398-9

Bank Penerima : Bank BSN Giro-i

Minggu ini, krew Bersamamu berkongsi suka-duka sepasang suami isteri yang menyewa sebuah rumah pangsa kos rendah di Jalan Ipoh. Nazila Kamaruddin, 27 tahun mendirikan rumahtangga bersama Mohd Khariezulhafizul Dollah, 28 tahun. Mahligai yang dibina sejak 8 tahun lalu, bertambah seri dengan kehadiran tiga cahayamata yang kesemuanya lelaki.

8 November 2013 – Nazila, yang mesra dipanggil Ila, selamat melahirkan putera bongsunya. 2 minggu selepas kelahiran si comel, Ammar Danish, Ila dan suami menerima tamparan hebat apabila bayi mereka disahkan menghidap ‘biliary atresia’, iaitu kerosakan pada organ hati. Ketika berusia 67 hari, Ammar terpaksa menjalani pembedahan pertama.

Krew Bersamamu mempertemukan keluarga malang ini dengan Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, penderma organ hati yang mendapat liputan media yang meluas pada tahun 1999. Sokongan moral dan dorongan daripada Wan Hafizam, membakar semangat pasangan muda ini dalam menghadapi ujian Allah swt.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : FARIDAH SAID

No. Akaun : 07004-41-00006220-4

Bank Penerima : Bank BSN Giro-i

Minggu ini, krew Bersamamu mendekati seorang ibu tunggal yang menetap di Taman Kuala bekah, Penanga, Pulau Pinang. Faridah Said, memelihara dan membesarkan anak tunggalnya Noraihan Razali sejak ditinggalkan suami 14 tahun yang lalu. Noraihan yang lebih mesra dipanggil Kak Long, mengalami masalah saraf sejak dilahirkan. Dia hanya mampu terlantar kerana mempunyai separuh tulang belakang dan bergantung sepenuhnya kepada Faridah.

Faridah bersyukur mempunyai ahli keluarga yang sentiasa membantunya menguruskan Kak Long. Selain ibunya Halimah Ahmad, adik lelaki Faridah, Mukhalib Said, turut menjaga Faridah dan Kak Long. Sebagai ketua keluarga, Mukhalib bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah untuk menyara keluarganya. Mukhalib turut menggunakan kemahiran yang ada, iaitu mengurut untuk menambah sumber pendapatan keluarga.

Disebabkan kekangan kewangan, Faridah tidak mampu menyediakan kemudahan yang bersesuaian untuk Kak Long. Kerusi tolak bayi terpakai yang menjadi pengangkutan buat Kak Long bersiar-siar sekitar taman perumahannya.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : KHAMTINAH MAIDIN

No. Akaun : 01119-41-00003200-1

Bank Penerima : Bank BSN Giro-i

Episod kali ini mendekati sebuah keluarga dari Kota Tinggi, Johor yang mengharungi dugaan hidup apabila pasangan suami isteri Shamsuddin Arif dan Khamtinah Maidin dikurniakan 2 orang anak yang mengalami masalah kesihatan. Siti Nurul Fatihah, 13 tahun menghidap glukoma iaitu rabun sebelah mata dan Qayyum yang baru beberapa hari dilahirkan menghidapi masalah jantung dan kini ditempatkan di hospital di Johor Bahru untuk rawatan susulan. Shamsuddin hanya bekerja kampong, mankala Khamtinah hanyalah seorang suri rumahtangga.

Shamsuddin menyara 7 orang anak dan seorang daripada anaknya iaitu Mohd Mukmin tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana terpaksa membantunya membuat kerja sambilan untuk menampung keluarga. Walaupun serba kekurangan, anak-anak pasangan ini berpotensi untuk maju dalam pelajaran. Siti Nurul Fatihah yang mengalami cacat penglihatan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR peringkat negeri tahun lalu bagi kategori cacat penglihatan.

Manakala adik-beradik yang lain turut menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran. Selain pelajaran, keluarga ini turut mementingkan agama dalam kehidupan. Namun, Khamtinah kecewa kerana tidak mampu menghantar Aqasha ke sekolah tahfiz kerana mempunyai tanggungan yang lain. Besar harapan keluarga ini agar ada yang sudi membantu mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : MOHD NAJMI FAKHRI

No. Akaun : 05113-41-00007306-4

Bank Penerima : Bank BSN Giro-i

Kampung Tenai, Gemencheh, Negeri Sembilan – destinasi krew Bersamamu untuk episode minggu ini. Kami mendekati sebuah keluarga yang mempunyai anak yang menghadapi masalah kesihatan. Mohd Najmi Fakhri Zurli, yang berusia 11 tahun adalah anak ke-empat pasangan Zurli Che Ali dan Arbaiyah Mohd Lasim. Tatkala berusia 3 tahun, dia disahkan mengalami komplikasi buah pinggang. Dia bergantung kepada ubat-ubatan dan rawatan dialysis untuk meneruskan kehidupan.

Bapanya, Zurli bekas tentera menamatkan perkhidmatan lebih awal, untuk menjaga anaknya yang sakit. Ibu Fakhri, Arbaiyah menggalas tanggungjawab menampung kehidupan keluarga dengan mengusahakan perniagaan percetakan di pekan Gemencheh.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : NUR FARAIN BALQIS

No. Akaun : 08200-41-00014272-1

Bank Penerima : Bank BSN Giro-i

Minggu ini krew Bersamamu ke Kampong Keroh Hulu, Padang Rengas di Kuala Kangsar. Di sini kami mendekati sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak kurang upaya. Pasangan Faizal Husain dan Juaimah Sudin dikurniakan 4 orang cahaya mata, Nur Farain Balqis, 13 tahun, Mohd Jazril Haiqal, 10 tahun, Nur Farhana Maisara, 8 tahun dan Nur Husaina Najwa, 7 tahun. Kisah hidup keluarga ini berubah tatkala puteri sulung mereka, Ain disahkan menghidap penyakit yang tiada ubatnya, iaitu Sindrom Rett.

Sindrom ini mengganggu perkembangan dari segi fizikal mahupun mental seseorang kanak-kanak. Sejak Ain berumur 2 tahun, dia tidak mampu bertutur seperti kanak-kanak normal.

Kini, Faizal dan Juaimah mencari rezeki sebagai seorang penoreh getah dan tukang masak di sebuah gerai tepi jalan. Mereka bekerja keras demi menampung perbelanjaan keluarga. Walaupun terpaksa meninggalkan Ain bersendirian di rumah, mereka pasrah dan redha demi masa depan anak-anak tersayang.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : LIZAWATI MOHAMED

No. Akaun : 13001-41-00003392-2

Bank Penerima : Bank BSN Giro-i

Sarawak negeri bumi kenyalang terkenal dengan alam semulajadi dan kehijauan hutan di kepulauan Borneo. Ia antara aset utama negeri yang terbesar di Malaysia. Minggu ini, krew Bersamamu menelusuri episode kehidupan seorang insan yang gigih menyara keluarga dan empat cahayamatanya.

Lizawati Mohamad, 40 tahun, disahkan menghidap penyakit buah pinggang sejak dua tahun lalu. Sebagai ibu tunggal, dia perlu membesarkan anak-anak dengan tulang empat keratnya sendirian. Setiap bulan dia perlu melunaskan bayaran berjumlah RM2,800 bagi rawatan dialysis yang dijalani 3 kali seminggu. Tanpa kenderaan dan pengangkutan sendiri, Liza berdepan dengan pelbagai kemungkinan dan risiko kesihatan sepanjang perjalanan ke klinik yang terletak kira-kira 8 kilometer dari rumahnya.

Walaupun sakit, dia berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik buat keluarga. Anak-anaknya menjadi pembakar semangat untuk Liza meneruskan hidup.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : MOHD AZMI KAMARUDDIN

No. Akaun : -

Bank Penerima : -

Minggu ini krew Bersamamu mendekati sepasang suami isteri di Kuantan yang episod kehidupan mereka berubah tatkala Mohd Azmi Kamaruddin terbabit dalam kemalangan jalan raya yang meragut keupayaan fizikalnya dalam sekelip mata.

Kini, Suzana Zulkepeli, 29 tahun menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan berniaga air dan ayam goreng di berhampiran dengan sekolah agama di sini. Sebagai seorang ibu yang bertanggungkawab, dia turut menjaga keluarganya yang tersayang.

Malah, bapa kepada Suzana, Zulkepeli Mohamed, 66 tahun membantu Suzana mencari nafkah buat anak dan cucunya. Walaupun dia tidak sihat, dia tetap menggunakan kudrat yang masih ada untuk bercucuk tanam dan membuat kerja-kerja kampung. Dia turut ingin memberi kesenangan buat keluarganya tersayang.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : FAUZIAH NOORDIN

No. Akaun : 10126-41-00004897-4

Bank Penerima : BANK SIMPANAN NASIONAL

Fauziah merupakan ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak. Fauziah dan anak-anaknya terlibat dalam kemalangan ngeri yang mengakibatkan dia cedera parah dan anak keduanya meninggal di tempat kejadian. Anak sulongnya Mohd Danial Mohd Khairul Shafari,14 tahun koma selama 3 bulan. Danial hanya

boleh bercakap selepas 6 bulan. Hari ini Danial boleh berjalan dengan bantuan penyokong kaki. Ingatannya baik, tetapi beliau perlu pergi ke sekolah khas. Beliau bukan cacat akal cuba tidak kuat bergerak dan mata kirinya kurang baik. Sejak 6 bulan lalu, Fauziah bekerja di sebuah kilang di Petaling Jaya. Kerana tiada kenderaan, dia terpaksa ke tempat kerja dengan berjalan selama 30 minit.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : SITI AISHAH IZWANI

No. Akaun : 04126-41-00006614-5

Bank Penerima : Bank BSN Giro-i

Minggu ini, krew Bersamamu mendekati episod kehidupan Siti Aishah Izwani, yang menetap di Ayer Molek, Melaka. Dia disahkan menghidap penyakit kencing manis seumur hidup ketika berusia 12 tahun. Kini dia terpaksa bergantung kepada suntikan insulin yang harus diambil 4 kali dalam sehari.

Hasnah Esa, 49 tahun, ibu kepada 6 orang anak, terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Aishah sepenuh masa di rumah. Ini kerana Aishah  yang lemah, sering pengsan. Hasnah menjaga makan minum Aishah di rumah.

Bapanya pula bertungkus-lumus bekerja demi menanggung keluarganya ini. Zamri Mohd Yunus, 48 tahun menjadi seorang pengawal keselamatan di Muzium Islam, Melaka. Namun pada masa yang sama dia turut mengambil upah sebagai seorang penoreh getah untuk mendapatkan sumber pendapatan tambahan.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : NOR HAMIZAH ABDULLAH

No. Akaun : 02116-41-00004098-9

Bank Penerima : Bank BSN Giro-i

Paparan perjuangan seorang pesakit barah payudara dalam meniti perjalanan kehidupan yang penuh dengan dugaan. Nor Hamizah Abdullah telah menjalani pembedahan membuang sebelah payudaranya kira-kira tiga bulan lalu. Sebagai ibu tunggal, dia menyara 5 orang anaknya dengan menjual burger di warung francais milik syarikat bumiputera.

Selain itu, dia turut menerima tempahan membuat roti jala. Tidak sanggup melihat anak tunggalnya mencari nafkah sendirian, ibu Miza, Che Don Ahmad, 68 tahun, mengambil upah mengajar anak-anak jiran tetangga mengaji Al-Quran. Bahkan, Miza dan ibunya bergilir-gilir menjaga anak jiran tetangga untuk menambah pendapatan mereka.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : AINI TASIMA ABD RAHMAN

No. Akaun : 08401-41-00001624-4

Bank Penerima : Bank BSN Giro-i

Edisi khas Bersamamu memenuhi impian ibu tunggal, Aini Tasima Abdul Rahman. Sejak berpisah dengan suami kira-kira dua tahun lalu, Aini Tasima yang mesra dengan panggilan Ita, mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Berbekalkan modal yang kecil, dia menerima tempahan kek dan kuih-muih daripada rakan-rakan. Selain kuih-muih, Ita juga menjual barangan kecantikan melalui laman sosialnya.

Membesarkan 7 orang anak sendirian sememangnya banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi. Ita bertuah kerana dia terpilih untuk menunaikan hasratnya menjejakkan kaki di bumi Indonesia. Dia yang ditemani rakan karibnya, Putri Halijah, berpeluang meninjau kehidupan usahawan desa di daerah Jonggol, Indonesia.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :

Nama Penerima : NOR KATINI ABU HASSAN

No. Akaun : 02191-41-00004505-2

Bank Penerima : BANK SIMPANAN NASIONAL

EDISI KHAS BERSAMAMU EPISODE KEDUA EDISI KHAS BERSAMAMU PENUHI IMPIAN, BERKISAR MENGENAI SEORANG BAPA YANG INGIN MEMBERI PENDEDAHAN DUNIA LUAR KEPADA ANAK SULONGNYA. NOR KATINI ABU HASSAN, 37 TAHUN, BAPA KEPADA 4 CAHAYAMATA IAITU NOR JAUHARI FIRDAUS 13 TAHUN, NURUL ASHIKIN ADILA 12 TAHUN, NURUL HAZWANI BATRISYIA 8 TAHUN DAN NURUL ALYA IMANANI 2 TAHUN.

DIA BERSAMA ISTERINYA, ROSHIDAH ALI, SERTA ANAK-ANAK MENUMPANG TEDUH DI RUMAH PUSAKA YANG DIMILIKI IBU NOR KATINI. TANPA PEKERJAAN YANG TETAP, KEHIDUPAN KELUARGA NOR KATINI UMPAMA KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG. TAMBAHAN PULA, ANAK BONGSUNYA DISAHKAN MENGHIDAPI MASALAH JANTUNG.

Klik butang DERMA untuk menderma :



Klik di sini untuk episod penuh di Tonton :